Monday, February 26, 2007

Bengkel Personaliti Unggul




Allhamdulillah BPU 07 telah selamat dilaksanakan semalam. Kami mengucapkan JZKKK kepada semua yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam menjayakan program ini- samada secara nyata atau yang tersembunyi - dimana Allah sahaja yang mengetahui. Ini adalah antara cubaan dan inisiatif kami dari Wanita JimSelangor untuk melaksanakn RJ1 dalam menjayakan Big Picture. Memang lega tetapi ianya merupakan satu permulaan untuk satu penerusan yang panjang.
Rata-rata ramai peserta yang tidak dikenal muka -70-80% dan ada yang tidak bertudung. Diperhatikan semua tempat duduk di Dewan Tabung Haji itu penuh dan mungkin sampai kesasaran kami 200 orang. Untuk program ini saya berasa-rasa apa yang kami sajikan ada tarikannya tersendiri.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian dari KW-Dr Har yang memang nampak anggun, unggul dan tokoh. Kata ucapan yang padat dan bermessage.
Kemudian bicara unggul 1 dari DR HMTuah. Ramai yang menanya "kenapa HM Tuah?" Pada pandangan saya, dia dijemput untuk memberi input dari perspektif dan pandangan lelaki biasa mengenai wanita idaman mereka, dan kerana program ini ditujukan terutamanya kepada masyarakat awam kami perlu seorang lelaki yang "crowd puller". Mungkin selepas ini kita akan susuli dengan satu program seakan sama, dengan crowd yang sama, tetapi pengisian lebih berat dan menampilkan lelaki JIM untuk menyatakan pandangan mereka mengenai wanita idaman mereka....
Kata HM Tuah booster wanita unggul idaman lelaki ialah -cantik, bersih, sihat diluar dan dalam, perilaku kewanitaan, mental yang ok, kesanggupan berdikari dan tidak bergantung kepada lelaki, pandai mengurus wang, agama cemerlang dan menenangkan.
Bicara unggul 2 diisi dengan talkshow Dr Hafizah dan dimoderatekan oleh Ukhti Hazdiana Baharin. Kedua-duanya telah mengendalikan dan menyampaikan dengan begitu baik sekali.
Penyampaian Dr Hafidzah begitu bertenaga -macam ala-ala ustazah bahyah, telah memberi gambaran kecantikan pada pandangan Islam dan memberi 10 tips peribadi unggul melalui "JERI"-
1.Aqidah yang bersih
2. Ibadah yang benar
3. Akhlak terpuji
4. Ilmu yang luas,
5. Fizikal yang sihat
6. penampilan positif
7. Kecantikkan hati
8. Pandai mengurus masa
9. Pandai berdikari
10. bermenafaat kepada orang lain
Kemudian hadirin dihiburkan dengan persembahan santai dan nasyid dari kumpulan
saff one. Lagu " untukmu Wanita"
Selepas makan dan solat, kami ada penyampaian dan demonstrasi dari butik Sri Munawarrah design. Pemakaian tudung telah diperlihatkan dalam versi yang neat, smart dan dalam masa yang sama menepati syariaat. Diikuti oleh persembahan fesyen busana muslimah dari model2 terdiri dari akhawat2 dan rakan akhawat kita sendiri yang mengenakan pakaian dari butik " "Smart and Chic" ukhti Masamah. Mereka nampak begitu anggun dan berkebolihan dan bersahaja kerana sudah dilatih oleh Norkumalasari. Ini termasuk ooops.... Lia, ros, midah dan yan. Ros pada pagi tu jaga parking .. memang unggul. Ada cabutan bertuah dan disampaikan sendiri oleh model2.
Diakhirnya ana telah menutup dengan rumusan mengajak wanita menjadi sebaik2 perhiasan dunia yakni wanita solihah yang menyebarkan kebaikkan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Juga sedikit doa bahawa Allahlah yang mengetahui akhir kesudahan kita dan amalan kita dan memohon keampunan dan kasih rahmatNya.
Bagi wanita didaerah selangor, ana harap semua bersedia untuk menerima ahli ahli baru dan di follow up seterusnya. Mudah-mudahan mereka bersama kita membantu menjayakan big picture 2020 kita.
Dengan ini juga, kami dari WJSelangor dan penganjur BPU 07, memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan perhitungan dari pihak kami. Kami sedia di muhasabah. JZKKK
Dr. Ruziaton Bt Hasim
KWSelangor -sesi 2005-2007