Friday, March 16, 2007

Thursday, March 15, 2007

REMAJAKU @ AKADEMI REALITI







REMAJA@AKADEMI REALITI

Buletin Remaja JIM Gombak (Bil : 1 / 2007)

Salam Dari Editor : Siapa Diri Ku







Salam Sayang Dari : Nurdinie_sufi

Laporan Program : Mencari Cinta Bersama Wardina

Disediakan Oleh : Roha & Rose (Jurufoto)

Program Mencari Cinta Bersama Wardina Anjuran KRJ dan Wanita JIM Gombak telah diadakan pada 11 Mac 2007 yang lalu di UIA Gombak. Seramai 70-80 peserta telah menghadiri program ini. Selain Kak Wardina, program turut diisi dengan slot management Games oleh Abang Dhany.


Tips Pengurusan Remaja : Mengurus Hati


Empat Tahap Membersihkan Hati :

1. Menerima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini

Kejayaan adalah perkara subjektif. Tidak ada rumus yang mampu mengira tahap kejayaan individu sama ada kita benar-benar sudah berjaya. Ramai yang berjaya dalam satu bidang tetapi gagal dalam bidang yang lain. Bagi menyedapkan hati, kita berkata “Tidak ada yang sempurna di dunia ini”. “Biasalah berjaya tidak bermakna sempurna”.

Oleh itu, apakah kejayaan yang sebenar? Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita bertemu dengan Tuhan dan dikurniakan syurga. Terimalah hakikat kejayaan didunia bersifat sementara. Jangan sekali-kali menggantung harapan kejayaan dunia sebagai sasaran kerana ia hanya mengejar bayang-bayang sendiri.

2. Tekad mendapatkan ilmu berkaitan dengan diri sendiri

Manusia dianugerahkan pancaindera bagi melihat, mendengar, menghidu dan merasa. Ada yang cantik dan ada yang buruk. Ada yang lunak dan ada yang sumbang. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang manis dan ada yang masam. Kesemuanya adalah perkara-perkara luaran pada tubuh badan kita. Jadi, bagi mendapatkan ilmu berkaitan berkaitan dengan apa yang ada dalam diri kita, kita memerlukan satu lagi pancaindera. Pancaindera ini dinamakan sebagai “Pandangan mata hati”.

Pandangan mata hati mampu melihat segala kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Ia mampu menyatakan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Dua kunci bagi memperolehi pandangan mata hati adalah dengan mendekatkan diri dengan agama serta sering bertanya kepada orang lain. Antaranya dengan bertanya kepada musuh mengenai pandangannya terhadap kita. Seterusnya kita menerima pandangan itu secara terbuka dan bertekad mendapatkan ilmu berkaitan dengan diri sendiri.

3. Banyakkan waktu muhasabah diri

Muhasabah adalah dengan melihat kekurangan dan kelemahan yang wujud pada diri kita. Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kelemahan. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukan untuk disesali tapi untuk dibaiki.

4. Belajar dari orang lain

Orang yabg bijaksana adalah orang yang menjadikan setiap inci kehidupannya sebagai proses pembelajaran . Lihat setiap perkara yang berlaku disekeliling kita dengan kaca mata seorang pelajar dan dengan pandangan mata hati hendak belajar.

Oleh : Roha Hassan

Tips dipetik dari buku : Anggun di luar, serlah pesona dari dalam

Menu Remaja JIM Gombak Mac, April , Mei 2007

Para remaja, belia, ibubapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Kalian dijemput Ke Program:

* 17 March 2007 – Latihan Bolasepak – Koordinator Program Hudzaifah 013-3623909.

* 25 March 2007 - Perlawanan Bolasepak antara Remaja JIM Gombak vs Pak Cik-Pak Cik JIM Gombak – Maklumat lanjut hubungi Hudzaifah 013-3623909

* 25 March 2007 – Perlawanan Bowling Persahabatan antara Remaja JIM Gombak dengan mak cik-mak cik JIM Gombak – Maklumat lanjut Hubungi Roha – 012-4317948 / Suriza – 019-3743418

* 14/4 – Remaja JIM Gombak akan menghantar team ke Sukan Remaja JIM Selangor – Koordinator Untuk “team” Remaja JIM Gombak ialah Hudzaifah 0133623909.


* 22/4 – Xifu & Algebra : Aku, Muzik dan Hidayah - Maklumat lanjut hubungi Roha – 012-4317948 / Zira – 0195053008


* 13/5 – Rehat dan Rawat (R&R) Bersama Rose dan Roha (R&R) – Maklumat lanjut hubungi Suriza – 019-3743418 / Zira - 0195053008

Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang KRJ Gombak :

Hubungi :

Roha Hassan : 012-4317948

Huzaifah : 013-362390

Suriza : 019-3743418

Nazirah (Zira) : 0195053008

_


__,_._,___