Thursday, April 19, 2007

Seminar Menangani Masaalah Wanita ( W JIM Selangor)


Alhamdulillah Wanita JIM KL telah berjaya mengadakan program SMIWI anjuran bersama dengan JAWI (Jab Agama Islam WP) di Masjid Salehuddin Al Ayyubi, Taman Melati, KL pada 15 April yang lepas. Kami telah meletakkan "Survival Wanita Di Kota Metropolitan" sebagat tema yang mana telah berjaya menarik lebih dari 300 peserta datang. Kerusi yang kami sewa sebanyak 350 buah tiada yang kosong. Gerai-gerai jualan pun tak kurang juga hebatnya.

Sesi pagi kami hidangkan peserta dengan pembentangan 3 kertas kerja iaitu 'Realiti Kehidupan Wanita di Kota' oleh Dr. Harlina, 'Keistimewaan Wanita Islam Sebagai Umat Mohammad' oleh Us Maznah Daud, dan 'Kesihatan Mental Wanita Metropolitan' oleh Dr. Hatta. Sementara sesi petang di sajikan forum ! yang bertajuk 'Kehidupan Wanita Metropolitan: Antara Impian, Realiti dan Cabaran' . Ahli panel terdiri dari Us Zawiyah Hassan (JAKIM), Dr. Harlina dan Puan Hashimah (Kaunselor, ahli JIM). Disebabkan masa berlalu begitu pantas ramai dikalangan peserta tidak puas dengan pengisian penceramah dan ahli panel. Walau pun begitu banyak tips yang dapat dikutip oleh peserta.

Program ini dirasmikan oleh Us Abdul Malek Hj Ghazali, Penolong Pengarah Bhg Dakwah JAWI. Beliau telah melahirkan rasa sukacitanya kerana buat pertama kali JAWI bergandingan dengan JIM menganjurkan program besar ini. Dan komen dari Us Nur Dalilah, Pen. Pengarah bhg dakwah, JAWI, tentang program ini; 'bagus sangat-sangat'

Beberapa orang wartawan yang mewakili Harian Metro, Majalah i, Anis dan dari JAWI telah membuat liputan. Dr Harlina juga telah mengadakan sidang akhbar mengenai SMIWI dan sempena Hari Buruh pada hari yang sama.

Diakhir program kami telah mengadakan 5 cabutan bertuah berdasarkan cabutan dari borang biodata. Alhamdulillah program dapat dijayakan tanpa sebarang masalah. Pihak penganjur ingin merakamkan rasa terimakasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini baik secara langsung ataupun tidak.

Sekian.
Pengarah SMIWI