Roy Rasul Sat | May 26, 07 | 05:00:14 PM | |
| KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) – Polemik terhadap isu-isu yang dipertikaikan seperti hak kebebasan beragama, isu murtad, pertikaian terhadap perlaksanaan hukum hudud dan qisas serta lain-lain perlu diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat. Penasihat Seminar Kebangsaan Hak Asasi Manusia & Wanita Islam (Shamwi), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata ini kerana, Islam dituduh tidak bersifat akomodatif terhadap hak individu dalam menentukan agama yang dianuti sebagaimana dilaungkan pejuang hak asasi manusia Barat. “Barat menyatakan bahawa dalam Islam jelas seseorang Muslim itu tiada hak untuk tukar agama sekiranya beliau dilahir dalam sebuah keluarga Islam. Tetapi orang Islam gembira menerima golongan bukan Muslim memeluk Islam. “Barat bersikap ‘double standard’ kerana membenarkan orang Islam murtad dan sekiranya perkara itu berlaku, individu itu boleh dikenakan hukuman bunuh,” katanya dalam satu sidang media di seminar Shamwi yang diadakan di PWTC, dekat sini hari ini. Kekeliruan tersebut katanya, adalah disebabkan kekurangan kefahaman mereka terhadap konsep asas dan nilai yang diambil oleh Islam daripada sumbernya tersendiri iaitu al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias para ulama. Beliau berkata, ini bermakna ada hak-hak tertentu yang menjadi milik Allah swt, termasuk melindungi kesucian dan kemuliaan agama. “Sekiranya dibenarkan seseorang muslim keluar masuk sesuka hati sebagaimana menukar bajunya, adalah ditakuti hak sedemikian boleh menjadi bahan lawak masyarakat bukan Islam dan seterusnya menjejaskan kesucian dan kemuliaan Islam itu sendiri,” tegasnya lagi. Para ulama dan cedikiawan Islam katanya, telah menggubal instrumen hak asasi manusia dalam Islam seperti Universal Islamic Declaration of Human Raight, 1981 (UIDHR) dan Cairo Declaration of Human Rights in Islam, 1990 yang sepatutnya dilaksanakan. Prinsip-prinsip yang harus disokong katanya, seperti hak terhadap kebebasan, hak bebas daripada dieksploitasi, hak mendapat perlindungan politik, hak kebebasan bersuara, hak jaminan beragama dan hak berpersatuan. Sementara itu, Dato’ Prof Dr Hamdan Adnan yang turut serta dalam sidang media itu berkata, apabila timbul konflik tentang agama contohnya permohonan keluar daripada agama Islam umatnya perlu melihat dengan lebih rapi dan implikasinya secara menyeluruh terhadap kebajikan umat Islam di negara ini. Beliau yang sebelum itu berucap dalam ucaptama seminar tersebut berkata, ini kerana apabila berlaku percanggahan di antara kepentingan individu dengan kepentingana awam maka katanya, kepentingan awam perlu diutamakan . “Walaupun Barat sering mengutarakan jika kepentingan individu tidak diamalkan kepentingan awam tidak akan terjejas tetapi dalam hal ini manusia perlu menggunakan kebijakasanaan dalam konteks yang mana lebih perlu diutamakan,” katanya. Bagaimanapun katanya, yang menimbulkan masalah ialah umat Islam tidak lantang bersuara, sebaliknya mudah mengalah. “Dalam agama kita tak boleh rendah diri dan kita tak boleh mengalah kerana tuntutan tersebut adalah untuk agama Allah bukan untuk manusia dan berasaskan itu kita mesti berani dan bijak,” katanya sambil berkata, umat Isam juga jangan mudah menggelabah sebaliknya mengkaji sebelum bertindak khasnya terhadap isu-isu kontroversi. Sementara itu, menerusi seminar ini Jamaah Islah Malaysia (Jim) yang menjadi penganjurnya melancarkan blog hak asasi manusia dalam Islam beralamat: www.islamchumanrigh Seminar tersebut yang diadakan pada hari ini dan esok dirasmikan presiden Jim, Zaid Kamaruddin. Pelbagai program juga diadakan, antaranya pembentangan kertas kerja oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, bertajuk "Sejarah dan Hak Asasi Manusia dalam Islam". Manakala, bekas Presiden Jim , Shaari Sungip membentang kertas kerja bertajuk, "Pengisytiharan Hak Asasi Manusia: Barat dan Islam". Satu Forum Hak Asasi bertajuk, Hak Asasi Manusia dalam Konteks Malaysia turut dilangsungkan. Turut membentangkan kertas kerja pada hari ini ialah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang bertajuk: "Hak Asasi, Undang-undang dan Pengamalannya di Malaysia". Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin pula akan membantangkan kertas kerjanya esok yang bertajuk "Hak-hak Wanita dalam Islam". Turut sama membentang kertas kerja pada hari kedua itu ialah Katua Wanita Jim, Dr Harlina Halizah Siraj bertajuk: "Memartabatkan Hak Wanita: Sejarah, Cabaran dan Harapan". - mns |
Sunday, May 27, 2007
Seminar hak asasi anjuran Jim perjelas konflik yang melanda umat Islam
Thursday, May 24, 2007
Perkongsian World Forum On Early Care and Education (ECCE) 2007





Tuesday, May 22, 2007
Perjumpaan dengan ahli JIM Sarawak



Lawatan Timbalan Ketua Wanita JIM ke Sarawak : Perjumpaan dengan ahli JIM
Bintulu
Pada 11 Mei 2007 , Timbalan Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat Dr Hafidzah Hj Mustakim tiba di Bintulu untuk mengadakan lawatan kerja menemui ahli wanita JIM Sarawak di Bintulu. Ketibaan beliau dan suami Che Rahimi Samat dari Kuala Lumpur telah di sambut oleh Ketua Wanita JIM Sarawak Puan Junaidah Sagikin dan suami En Khairul . Pertemuan bersama ahli- ahli JIM Bintulu telah diadakan di Tadika Brillliant Kindy, Bintulu . Yang Dipertua JIM Daerah Bintulu En Anuar dalam ucapan alua-aluannya merakamkan rasa penghargaan di atas kunjungan wakil dari pimpinan pusat ke Bintulu.
Beliau juga berpuashati di atas kesepaduan kerja yang ditunjukkan oleh ahli-ahli JIM Bintulu disamping menegaskan sokongan beliau dan ahli-ahli lelaki JIM terhadap program yang dianjurkan oleh Wanita JIM.
Seterusnya dalam taklimatnya Puan Junaidah Sagikin selaku Ketua Wanita JIM Sarawak menerangkan tentang kedudukan dan aktiviti Wanita JIM Sarawak yang tertumpu sekitar Kuching, Miri dan Bintulu. Di samping mengadakan seminar-seminar pendidikan wanita dan seperti Bengkel Personaliti Unggul,wanita JIM Sarawak juga giat menjalankan kumpulan-kumpulan pengajian untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran wanita . Wanita JIM Sarawak juga aktif menjalankan program pembangunan remaja dan salah satu program yang bakal dijalankan adalah Program Remaja Berwawasan. Cik Hasmah graduan lepasan UITM Dungun selaku wakil dari wanita JIM Miri turut berkongsi pengalaman menjalankan aktiviti pembangunan wanita di Miri .
Dalam ucapannya Dr Hafidzah Mustakim mengatakan ucapan penghargaan dan syabas di atas kegigihan Wanita JIM Sarawak dalam menunaikan tanggungjawab pengislahan dan pembaikan masyarakat yang begitu mencabar di bumi Kenyalang.
Wanita JIM Pusat sentiasa berusaha untuk memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan dalam menjayakan aktiviti Wanita JIM Sarawak. Beliau juga mengingatkan agar ahli-ahli wanita JIM Sarawak meningkatkan kemahiran terutama di sudut ICT agar dapat sama-sama menyumbang disudut forum maya Wanita JIM . Disamping itu ahli-ahli wanita juga diseru untuk melepaskan kekangan minda yang ada agar dapat terus maju menyebarkan cara hidup Islam yang sebenar ke dalam masyarakat. Dalam majlis tersebut Che Rahimi Samat yang merupakan ahli jawatankuasa JIM Kelantan juga berkongsi tips pembinaan generasi pelapis kepada ahli-ahli JIM.
Antara Cita-cita dan Cinta:
Program Remaja Berwawasan
Pada 12 Mei 2005 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah menganjurkan program pembangunan remaja bernama Program Remaja Berwawasan. Program yang mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah berjaya mengumpulkan seramai 250 orang remaja dari sekolah menengah sekitar Bintulu. SMK Bintulu sahaja menghantar sekitar 50 pelajar. SMK Tatau (lebihkurang 1 jam + perjalanan dari Bintulu juga menghantar peserta dan guru pengiring)
Tepat jam 2 petang Dewan Oditorium BDA (Bintulu Development Authority) telah dipenuhi pelajar berusia 15 – 18 tahun bersama guru-guru pengiring mereka .
Tajuk penyampaian petang tu memang mengancam dan menarik perhatian pelajar “Antara Cinta dan Cita2” . Dengan bantuan bahan multimedia yang dihasilkan Dr Hishamuddin Alham (JIM Johor) “Impian Kasih: Antara Fantasi dan Realiti”, slot 2 jam yang diperuntukan dipergunakan sepenuhnya oleh penceramah jemputan Dr Hafidzah Mustakim .
Dr Hafidzah berjaya menerangkan kepada peserta tentang fasa-fasa perkembangan remaja dan perubahan yang dialami remaja ketika tumbesaran ini. Semasa proses pembesaran, remaja mengalami pelbagai perubahan besar dalam diri mereka disudut fizikal, emosi dan juga mental . Jika ini dapat di fahami dan di tangani dengan kefahaman yang betul maka banyak gejala negatif dapat dihindarkan. Dalam program ini remaja diberikan pendedahan tentang realiti kehidupan remaja yag tersasar sekiranya mereka mengikut perasaan dan naluri negatif dalam diri . Dr Hafidzah juga mengajak remaja untuk berfikir secara rasional dan mencari panduan yang betul dalam kehidupan agar mereka dapat melakukan sesuatu berdasarkan keutamaan yang betul dalam kehidupan.
Panduan cara hidup Islam yang terbukti benar dalam pergaulan dan menangani emsoi remaja juga dibincangkan agar remaja dapat melalui zaman yang mencabar ini dengan jayanya.
Beberapa soalan samada secara lisan atau pun sms yang diterima selepas ceramah memang mencabar minda kita selaku pendakwah. Antaranya:
”Dr , kmk (kame’ – saya dlm bahasa sarawak) ada bercinta dengan pompuan beragama lain, apa pendapat dr”
” Boleh ke berdoa untuk pemuda yang beragama lain”
” Dr apa itu teruna, apa itu dara”
” Dr ramai kawan2 saya couple, saya pun couple tapi yang ringan aje dr, tak
buat yang berat2....”
”Klu orang bertunang, boleh pegang tangan ke?”
”Adakah seorang wanita yang diperkosa sudah tidak dara atau hilang
kehormatannya walaupun dia tidak mahu melakukannya?”
Jelas daripada soalan yang diajukan bahawa remaja hari ini sememangnya amat memerlukan bimbingan dan panduan dari sumber yang boleh dipercayai untuk membantu mereka mengharungi kehidupan.
Sewaktu minum petang antara ustazah yang mengiringi pelajar juga berkongsi masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah mereka. Antaranya ada yang ibubapa bercerai , ayah beragama Islam , ibu iban yang memeluk agama Islam.
Bila bercerai ditinggalkan suami terpaksalah siibu dan anak kembali ke keluarga yang asal . Disinilah dilema si anak bagaimana mahu mempraktikkan keislaman dalam suasana demikian. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita dalam usaha mereka mendidik dan memberikan kesedaran
Islam kepada masyarakat Sarawak.
Ceramah Keibubapaan Islam di Hospital Bintulu
Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Hospital Bintulu dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Bintulu telah berjaya mengadakan program Ceramah Keibubapaan dalam Islam pada 13 Mei 2007. Program yang diadakan di Dewan seminar Hospital telah berjaya mengumpu lkan sekitar 50 kakitangan Hospital Bintulu. En Taib Taha Penyelia Dietetik Hospital Bintulu turut serta dalam program tersebut.
En Muhamad wakil PERKIP dalam ucapan aluannya menekankan kepentingan ibubapa mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mendidik anak dalam zaman yang serba mencabar ini. Beliau menyebutkan tentang hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa setiap anak itu dilahirkan suci mengikut fitrah, ibubapanya lah yang menjadikan anak mereka seperti yahudi, nasrani atau majusi.
Penceramah jemputan Dr Hafidzah Mustakim , Timbalan Ketua Wanita JIM dalam enyampaian beliau menyebutkan hasil kajian yang menunjukkan bahawa hubungan yang erat antara bapa dan anak-anak serta anggota keluarga berkait langsung dengan kesejahteraan kesihatan bapa tersebut. Beliau juga menyenaraikan ciri-ciri ibubapa berjaya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Antara lain ciri-ciri ini adalah:Penyabar tidak Pemarah
Lemah Lembut tidak Keras
Kasih Sayang
Mempermudah
Fleksibel
Tidak Marah/Mengikut perasaan
Beri nasihat kena pada waktunya
Beliau turut menerangkan konsep psikologi pendidikan anak-anak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Ali r.a iaitu membahagikan fasa mendidik anak kepada beberapa bahagian. Tujuh tahun pertama ibubapa dinasihatkan untuk menggunakan kaedah bermain dengan anak, tujuh tahun kedua masa untuk mendisiplinkan anak, tujuh tahun beikutnya berkawan dengan anak dan tahun seterusnya ibubapa mestilah menerima hakikat bahawa anak mereka telah dewasa dan wajar diperlakukan selayaknya sebagai orang dewasa.
Majlis di akhiri dengan penceramah berinteraksi dan beramahmesra dengan hadirin yang hadir.
Bengkel Personaliti Unggul Wanita JIM Bintulu
Pada 13 Mei 2007 Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Sarawak telah berjaya menganjurkan Bengkel Personaliti Unggul (BPU). Mereka telah berjaya mengulangi kejayaan penganjuran program ini yang mula diperkenalkan oleh Wanita JIM Selangor pada febuari 2007. Program sehari ini turut di hadiri oleh Ketua Wanita JIM Sarawak Puan Junaidah Ragikin.
Program di mulakan dengan majlis perasmian Bengkel Personaliti Unggul.
Dengan tema “Wanita Unggul Teras Negara” Puan Haziah Sahari selaku pengarah program dalam ucapan aluannya memberikan pengenalan tentang BPU dan usaha Wanita JIM dalam memartabatkan wanita Islam ke tempatnya yang sebenar.
Dengan usaha barisan Ahli Jawatan Kuasa , mereka berjaya mengumpulkan 120 orang wanita sekitar Bintulu untuk menghadiri program. Kejayaan mereka juga terletak dalam mendapat penajaan badan korporat dan orang perseorangan untuk ibu tunggal yang turut hadir sebagi peserta. Pn Jamilah seorang usahawan butik turut menyumbang tenaga dan kemahiran dalam program ini.
Dr Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita JIM dalam ucapan perasmiannya mengajak wanita Bintulu untuk bersama-sama memartabatkan wanita Islam ke tempatnya yang sebenarnya. Wanita mestilah mempunyai ilmu dan kemahiran tentang kedudukan mereka dan terus memberikan sumbangan yang diperlukan dalam pembangunan negara. Pada masa yang sama mereka harus bijak dari
menjadi mangsa fahaman kebendaan dan kapitalis yang sentiasa mengambil kesempatan dari kelemahan wanita dalam sudut kecantikan dan kemewahan. Hanya dengan kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar , wanita dapat membebaskan diri dari cengkaman hawa nafsu kecantikan luaran yang memperdayakan dan meminta masyarakat menilai mereka di sudut kecantikan dalaman yang bertunjangkan iman dan taqwa kepada Allah sang maha pencipta.
Pengisian seterusnya adalah Bicara Unggul 1 bertajuk “Wanita Unggul dari Perspektif Lelaki” yang disampaikan oleh motivator terkenal. Dr HM Tuah yang menyampaikan pelbagai tips menarik tentang keunggulan wanita di mata lelaki.
Pada sebelah petang Dr Hafidzah meneruskan bicara dengan tajuk “ CantikLuar, Cantik dalam”. Dalam slot ini beliau menjelaskan neraca dan kayu ukur yang harus digunakan wanita dalam menjadi wanita yang berpersonaliti unggul.
Hakikat kecantikan wanita yang hakiki adalah apabila kecantikan yang dicari selari dengan ukuran keimanan yang mendalam kepada Allah SWT. Wanita mestilah berusaha menjaga kecantikan dalaman disamping tidak mengabaikan penampilan luaran.
Islam sebagai agama dan cara hidup fitrah tidak sekali-kali menghalang wanita untuk berhias dan menjaga kecantikan selagi mana ianya tidak melanggar batas yang telah ditentukan oleh Allah. Beliau seterusnya menggariskan 10 tips untuk wanita mencapai keperibadian unggul yang merangkumi penjagaan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang.
Majlis di akhiri dengan pertunjukkan fesyen busana Muslimah oleh butik milik Puan Jamilah. Rata-rata peserta yang datang amat berpuashati dengan program sehari yang dianjurkan Wanita JIM. Mereka berharap agar program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang.
__________________________________________________
Friday, May 11, 2007
Rehat dan Rawat
Rehat & Rawat bersama Rose & Roha
Hidup memang penuh cabaran
Cabaran Dalaman
&
Cabaran luaran
Kadang-kadang kita rasa kepenatan
Homework yang bertimbun,
Ibubapa yang suka berleter,
Adik-adik yang suka mengganggu,
Kawan baik yang suka merajuk,
Jadual hidup yang padat,
Arghhhhh....
Tubuh yang penat perlukan rehat,
Jiwa yang lelah perlu dirawat,
Jom rehat
&
Rawat bersama
Rose & Roha
Penampilan istimewa
Xifu & Algebra: Aku, muzik & Hidayah Part 2
Pada : 20 Mei 2007 (8.30 pg – 2.00 ptg)
Tempat : Auditorium A, Kulliyah Kejuruteraan UIA Gombak
Sumbangan Penyertaan : RM10.00 sahaja
Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Program Ini,
Hubungi :
Huzaifah : 013-3623909
Suriza : 019-3743418
Nazirah : 019-5053008
Thursday, April 19, 2007
Seminar Menangani Masaalah Wanita ( W JIM Selangor)

Alhamdulillah Wanita JIM KL telah berjaya mengadakan program SMIWI anjuran bersama dengan JAWI (Jab Agama Islam WP) di Masjid Salehuddin Al Ayyubi, Taman Melati, KL pada 15 April yang lepas. Kami telah meletakkan "Survival Wanita Di Kota Metropolitan" sebagat tema yang mana telah berjaya menarik lebih dari 300 peserta datang. Kerusi yang kami sewa sebanyak 350 buah tiada yang kosong. Gerai-gerai jualan pun tak kurang juga hebatnya.Sesi pagi kami hidangkan peserta dengan pembentangan 3 kertas kerja iaitu 'Realiti Kehidupan Wanita di Kota' oleh Dr. Harlina, 'Keistimewaan Wanita Islam Sebagai Umat Mohammad' oleh Us Maznah Daud, dan 'Kesihatan Mental Wanita Metropolitan' oleh Dr. Hatta. Sementara sesi petang di sajikan forum ! yang bertajuk 'Kehidupan Wanita Metropolitan: Antara Impian, Realiti dan Cabaran' . Ahli panel terdiri dari Us Zawiyah Hassan (JAKIM), Dr. Harlina dan Puan Hashimah (Kaunselor, ahli JIM). Disebabkan masa berlalu begitu pantas ramai dikalangan peserta tidak puas dengan pengisian penceramah dan ahli panel. Walau pun begitu banyak tips yang dapat dikutip oleh peserta.
Program ini dirasmikan oleh Us Abdul Malek Hj Ghazali, Penolong Pengarah Bhg Dakwah JAWI. Beliau telah melahirkan rasa sukacitanya kerana buat pertama kali JAWI bergandingan dengan JIM menganjurkan program besar ini. Dan komen dari Us Nur Dalilah, Pen. Pengarah bhg dakwah, JAWI, tentang program ini; 'bagus sangat-sangat'
Beberapa orang wartawan yang mewakili Harian Metro, Majalah i, Anis dan dari JAWI telah membuat liputan. Dr Harlina juga telah mengadakan sidang akhbar mengenai SMIWI dan sempena Hari Buruh pada hari yang sama.
Diakhir program kami telah mengadakan 5 cabutan bertuah berdasarkan cabutan dari borang biodata. Alhamdulillah program dapat dijayakan tanpa sebarang masalah. Pihak penganjur ingin merakamkan rasa terimakasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini baik secara langsung ataupun tidak.
Sekian.
Pengarah SMIWI
Friday, March 16, 2007
Thursday, March 15, 2007
REMAJAKU @ AKADEMI REALITI
REMAJA@AKADEMI REALITI
Buletin Remaja JIM Gombak (Bil : 1 / 2007)
Salam Dari Editor : Siapa Diri Ku
Salam Sayang Dari : Nurdinie_sufi
Laporan Program : Mencari Cinta Bersama Wardina
Disediakan Oleh : Roha & Rose (Jurufoto)
Program Mencari Cinta Bersama Wardina Anjuran KRJ dan Wanita JIM Gombak telah diadakan pada 11 Mac 2007 yang lalu di UIA Gombak. Seramai 70-80 peserta telah menghadiri program ini. Selain Kak Wardina, program turut diisi dengan slot management Games oleh Abang Dhany.
Tips Pengurusan Remaja : Mengurus Hati
Empat Tahap Membersihkan Hati :
1. Menerima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini
Kejayaan adalah perkara subjektif. Tidak ada rumus yang mampu mengira tahap kejayaan individu sama ada kita benar-benar sudah berjaya. Ramai yang berjaya dalam satu bidang tetapi gagal dalam bidang yang lain. Bagi menyedapkan hati, kita berkata “Tidak ada yang sempurna di dunia ini”. “Biasalah berjaya tidak bermakna sempurna”.
Oleh itu, apakah kejayaan yang sebenar? Kejayaan yang hakiki ialah apabila kita bertemu dengan Tuhan dan dikurniakan syurga. Terimalah hakikat kejayaan didunia bersifat sementara. Jangan sekali-kali menggantung harapan kejayaan dunia sebagai sasaran kerana ia hanya mengejar bayang-bayang sendiri.
2. Tekad mendapatkan ilmu berkaitan dengan diri sendiri
Manusia dianugerahkan pancaindera bagi melihat, mendengar, menghidu dan merasa.
Pandangan mata hati mampu melihat segala kekuatan dan kelemahan dalam diri kita. Ia mampu menyatakan apa yang baik dan apa yang tidak baik. Dua kunci bagi memperolehi pandangan mata hati adalah dengan mendekatkan diri dengan agama serta sering bertanya kepada orang lain. Antaranya dengan bertanya kepada musuh mengenai pandangannya terhadap kita. Seterusnya kita menerima pandangan itu secara terbuka dan bertekad mendapatkan ilmu berkaitan dengan diri sendiri.
3. Banyakkan waktu muhasabah diri
Muhasabah adalah dengan melihat kekurangan dan kelemahan yang wujud pada diri kita. Setiap manusia pasti memiliki kekurangan dan kelemahan. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukan untuk disesali tapi untuk dibaiki.
4. Belajar dari orang lain
Orang yabg bijaksana adalah orang yang menjadikan setiap inci kehidupannya sebagai proses pembelajaran . Lihat setiap perkara yang berlaku disekeliling kita dengan kaca mata seorang pelajar dan dengan pandangan mata hati hendak belajar.
Oleh : Roha Hassan
Tips dipetik dari buku : Anggun di luar, serlah pesona dari dalam
Menu Remaja JIM Gombak Mac, April , Mei 2007
Para remaja, belia, ibubapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Kalian dijemput Ke Program:
25 March 2007 - Perlawanan Bolasepak antara Remaja JIM Gombak vs Pak Cik-Pak Cik JIM Gombak – Maklumat lanjut hubungi Hudzaifah 013-3623909
25 March 2007 – Perlawanan Bowling Persahabatan antara Remaja JIM Gombak dengan mak cik-mak cik JIM Gombak – Maklumat lanjut Hubungi Roha – 012-4317948 / Suriza – 019-3743418
14/4 – Remaja JIM Gombak akan menghantar team ke Sukan Remaja JIM Selangor – Koordinator Untuk “team” Remaja JIM Gombak ialah Hudzaifah 0133623909.
22/4 – Xifu & Algebra : Aku, Muzik dan Hidayah - Maklumat lanjut hubungi Roha – 012-4317948 / Zira – 0195053008
13/5 – Rehat dan Rawat (R&R) Bersama Rose dan Roha (R&R) – Maklumat lanjut hubungi Suriza – 019-3743418 / Zira - 0195053008
Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang KRJ Gombak :
Hubungi :
Roha Hassan : 012-4317948
Huzaifah : 013-362390
Suriza : 019-3743418
Nazirah (Zira) : 0195053008
__,_._,___