Wednesday, December 27, 2006
Muqayam Akhawat Perlis
Saya tak tahu pun aturcaranya, cuma dapat arahan dengan diberikan tarikh dan tempat aje. memang zero. saya membayangkan dalam hati mungkin kena masuk hutan atau tinggal di tempat usang yang serba kekurangan (air terutamanya) atau ke tempat yang biasa- biasa saja (kurang kemudahan seperti di rumah). Rupanya Muqayam ini dihadiri oleh sahabat dari Kedah dan Pulau Pinang juga.
Setibanya sampai... seronok menatap banglo yang akan kami diami.oo.. tinggal di banglo 3 tingkat rupanya kami ni. Jangan terkejut, dalam hutan sebegitu ada banglo woo. Pemiliknya Tuan Hj Sufi, saya kira seorang alim yang punyai perniagaan yang agak besar. Punyai travel n tour company. Agak berada orangnya.
Setibanya di sana, setelah selesai pendaftaran, barulah saya dapat lihat aturcaranya.Tema muqayam kalini "Menuju Jalan Pulang". dan slot2 semuanya berkaitan dengan MATI.
Ceramah pertama memang menyentuh hati dan sanubari saya. Disampaikan oleh ust Imran (UIA).Menceritakan tentang fasa kehidupan manusia serta pengertian al maut dari al qur'an dan hadith. Slot ini banyak menceritakan tentang bagaimana orang beriman menghadapi sakaratulmaut dan bagaimana pula orang tidak beriman menghadapi sakaratulmaut. banyak memberi info kepada saya. paling menarik perhatian saya apabila ust Imran memberitahu bahawa orang yang beriman jika mati secara mengejut (bukan kerana menderita sakit) adalah satu rahmat dari Allah untuk dirinya. Teringat pula arwah ayah saya yang meninggal dalam keadaan kami semua terkejut. Tak pernah sakit apa sebelumni, tiba-tiba meninggal. Moga Allah memberi rahmat buat ayah saya.
Slot seterusnya diwaktu tengahari menceritakan berkenaan misteri sakaratulmaut serta bekalan menghadapi kematian. Memang slot ini membuatkan saya rasa kecut perut dek kerana teringatkan amalan saya yang tunggang langgang lagi ni. Belum istiqamah dalam banyak benda. kejap buat, kejap tak buat (amalan sunat). Saya dapat membayangkan bila-bila saja saya akan pergi menemui Ilahi. Sekarang pun boleh. Ust Imran juga menceritakan betapa sakitnya mati, satu penderitaan yang dialami oleh ruh sewaktu meninggalkan jasad. Kita semua tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Moga kita kembali kepada Allah sebagai seorang yang beriman dan diraikan ruh kita apabila diangkat ke langit. Buku yang dicadangkan adalah Ensiklopedia Kematian (saya lupa penulisnya)
Slot malam disampaikan oleh Dr Azizah yang merupakan isteri Ust Imran, yang menceritakan tentang Al- Maut Fisabilillah Asma Amanina. Mengenai rindunya para pejuang untuk menjadi syuhada'. Kisah para ikhwan yang berlumba-lumba untuk syahid.Kisah di Ihkwan di Indonesia yang hebat dengan amalannya. Kisah ikhwan palestine yang berlumba-lumba mendaftar nama sebagai pejuang berani mati. Kisah para sahabat yang merindui mati sewaktu perang di zaman Rasulullah. Buku yang dicadangkan adalah Manajemen Kematian karangan Khozin Abu Faqih dan ensiklopedia peperangan Rasulullah karangan Syaikh Mahmud Shahir. Saya sudah memiliki, tapi saya belum membacanya lagi.
Keesokan harinya kami dihujani ujian di dalam game treasure hunt, saya kira game ini meningkatkan semangat ukhuwwah dalam diri pada sahabat-sahabat muqayyam saya. Selepas permainan ini, saya rasa semakin kasih akan sahabat-sahabat saya ini :)
Pada sebelah tengaharinya slot Dr Azizah juga yang merupakan rentetan slot malam tadi mengenai kerinduan para syahadah di kalangan sahabat. Sungguh kagum pabila mendengar betapa hebatnya para sahabat dalam berlumba- lumba untuk syahid. Saya rasa terlalu jauh dibandingkan dengan saya. saya berazam untuk terus berusaha sebaik mungkin.
sessi muhasabah paling menyayat hati. Saya merasa kagum pada kehebatan sahabat-sahabat muqayam saya.Timbul rasa keazaman di hati saya untuk mempertingkatkan lagi amalan apabila pulang ke rumah nanti.
Alhamdulillah, saya dapat kawan baru (akhawat Kedah n Pulau Pinang) yang sebelum ini kenal nama aje.Dr Salmi, K Shopiah, Ustzh Normah,Dr hashimah,K lela dan ramai lagi. Terima kasih buat mck-mck Perlis selaku urusetia yang bertungkus lumus menjayakan prog muqayam yang serba membina ini. Moga Allah merahmati segala usaha kalian.
Thursday, December 21, 2006
JIM menolong mangsa Banjir di Johor
Monday, December 18, 2006
Malam Paksi JIM
Majlis Makan Malam ini dianjurkan adalah bersempenapelancaran Pusat Sokongan Wanita dan KeluargaIslah(PAKSI-JIM). Ia bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai pengoperasian Pusat ini yang akan berjalan sepenuhnya mulai Januari 2007.
Pusat Sokongan Wanita danKeluarga Islah(PAKSI-JIM) ditubuhkan dengan matlamat-matlamat berikut:
- Menterjemahkan moto JIM, Bersama Islam MembinaMasyarakat ke dalam bentuk amali secara sistematik danberterusan.
- Berkongsi ilmu dan kepakaran oleh tokoh-tokoh JIM,khususnya wanita dengan ahli masyarakat di dalam hal-hal berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga.
- Menunaikan tanggungjawab menyantuni insan melaluikhidmat nasihat serta runding cara yang berlandaskanIslam
- Unit Khidmat Wanita & Remaja
- Unit Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga
- Unit Khidmat Sokongan Pesakit Barah
- Unit Santunan Wanita (reach-out-programmes)
Assalamualaikum wrt
Ana tak pernah hadir dalam satu majlis persembahan
yang begitu menarik dan menyentuh hati. Gandingan
suara Mu’az dan kepetahan kumpulan remaja dari UIA
benar-benar menghiburkan dan mencuit hati para hadirin
yang menghadiri program pelancaran PAKSI-JIM baru-baru
ini.
Saksikanlah salah satu persembahan Mu’az dengan
lagunya yang bertajuk “You raised me up”. Hayatilah
senikatanya yang memberi gambaran kita adalah generasi
yang bertanggung jawab membina keperibadian mereka
sehingga mereka mampu berhadapan dengan cabaran yang
mendatang.
http://www.youtube.
Kini persembahan tersebut telah ana kumpulkan dalam
satu CD dan sempena suasana banjir di Skudai, ana
ingin memasarkannya dengan harga minima RM20 bagi
membantu mangsa banjir di Skudai khususnya dan Johor
umumya. Sesiapa yang berminat boleh email kepada ana
secara peribadi atau hubungi ana di talian:
019-727-3945. Saksikan juga lawatan kami ke salah satu
pusatnya di Batu 10, Skudai.
http://www.youtube.
Ana sengaja membawa seisi keluarga (minus one) ke
penempatan sementara ini agar keluarga ana dapat
menjiwai penderitaan mereka. Mereka begitu gembira
menerima sedikit sumbangan yang datang dari JIM.
Tetapi kami kalah dengan persatuan Buddha yang telah
datang dengan barangan hampir 2 lori (mungkin lebih).
Ana difahamkan persatuan ini memang telah lama
“established” Namun demikian, ana dapat bayangkan
kalaulah DERU nanti wujud, JIM akan terserlah sebagai
satu badan yang disegani Insya Allah.
Wassalam
Dr Hishamuddin Alham
p.s. anda ingin "download" movie yang anda lihat.
Sila lihat tatacaranya di:
http://ahisham2001.
Tuesday, December 12, 2006
Perutusan WJIM Perlis
TAMRIN & MUQAYYAM 06 (prog aulad)
Alhamdulillah Wanita JIM Perlis baru sahaja selesai menganjurkan Program Tamrin & Mukhayyam 2006 (TAMU 06’) bagi anak-anak berumur antara 9-12 tahun pada 8-10 Disember. TAMU merupakan program tahunan dan kemuncak kepada aktiviti aulad dan banat di Perlis yang di adakan setiap tahun. TAMU 06’ kali ini membawa tema ‘Kami Mujahid Kecil’ dan disertai oleh 64 orang peserta.yang mana 51 orang dari jumlah peserta adalah anak-anak dari luar Perlis (Perak. P.Pinang dan Kedah). Kira-kira 40 orang anak-anak yang tiba dengan keretapi di bawa ke lokasi iaitu Masjid Al-Ehsan, Beseri menaiki bas JIM negeri Perlis.
Diantara aktiviti yang sangat diminati oleh anak-anak ialah ‘Khazinatul asrar race’ dan ‘Water survival skill’ Aktiviti Khazinatul Asrar Race menguji ketangkasan fizikal dan mental anak-anak mujahid kecil yang terpaksa menyelesaikan tugasan sambil menjelajah sekeliling kampung disekitar lokasi program manakala water survival di jalankan di Sungai Jerneh kira-kira 20 KM dari lokasi program. Sepanjang program anak-anak peserta sentiasa di minta melaungkan lagu ikrar dengan penuh semangat yang mana diantara rangkap lirik lagu ikrar tersebut ;
Kamilah anak pewaris dakwah
Kamilah anak soleh-solehah
Kamilah PENEGAK KALIMAH ALLAH
Doakan, insyaAllah
Semoga ikrar mereka ini benar-benar menjadi kenyataan.
Pihak Wanita JIM Perlis mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Pengarah TAMU 06’ Pn. Mazailah dan barisan AJK beliau serta para fasilitator dari Jaiputra dan IPTIPs yang bekerja keras menjayakan program TAMU kali ini.
REMAJA PERLIS KE X-PERT
Wanita JIM Perlis juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada 3 orang puteri-puteri kami Nur Raihana, Syifa’ dan Wan Balqis ( 16 tahun) serta pengiring Wan Aminah kerana kesungguhan mereka mewakili negeri Perlis ke program X-PERT (yang dengarnya amat-amat mencabar) di negeri Johor pada 7-10 Disember. Cabaran puteri-puteri ini bermula dengan perjalanan yang begitu jauh menaiki bas dari Perlis ke Johor. Arah pulang pula dua orang peserta puteri ini terpaksa pulang sendiri dengan bertukar-tukar pengangkutan; dari kereta (pak cik JIM) dari Johor ke KL kemudian menaiki LRT kemudian naik commuter jam 11 malam dan alhamdulillah selamat sampai ditangan TYDP JIM Ulu Selangor jam 12 malam ( 2 orang puteri ini akan mengikuti lawatan rombongan sekolah mereka ke Dar’ul Qur’an).
Semoga kepayahan yang mereka lalui semasa perjalanan dan juga program X-PERT itu menjadi bekalan tarbiyyah buat mereka dan menjadi asset buat negeri Perlis yang kecil ini. Diberitakan bahawa team PERTAN ( Perlis-Kelantan) ini yang kesemuanya remaja puteri dianugerahkan tempat kedua iaitu selepas team dari KL (campuran). Syabas!!
HEBAHAN !! PROG WJIM PERLIS TERDEKAT
MUQAYYAM AKAHWAT PERLIS (MAPs)