Wednesday, August 01, 2007

Laporan Ringkas Kempen Lindungi Wanita dan Kanak-kanak

Laporan Ringkas Kempen Lindungi Wanita dan Kanak-kanak

Alhamdullillah, kami panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Kempen Lindungi Wanita dan Kanak-Kanak selama dua hari 21 dan 22 Julai 2007, bertempat di METROPOINT Kajang, anjuran JIM daerah Sepang dan JIM daerah Hulu Langat telah berjalan dengan baik dan lancar.

Kempen ini adalah lanjutan dari kesinambungan kempen ANDA BIJAK JAUHI ZINA dan meningkatkan kesedaran serta keprihatinan hak dan tanggungjawab terhadap wanita termasuk golongan remaja dan kanak-kanak.

Beberapa program yang dirancangkan telah berjalan dengan baik hasil usaha dan komitmen semua AJK dan ahli dari JIM Sepang, JIM Hulu Langat dan juga wakil JIM Pusat. Program dimulakan dgn perasmian olen Dr Ruziaton Hashim, Ketua Wanita JIM Selangor. Aktiviti program termasuk pameran maklumat kes-kes keganasan dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak,pameran dari Jabatan Penjara Kajang, pameran dari Islamic Relief, jualan buku dan leflet kempen, program talkshow yang membincang isu menangani jenayah keatas wanita dan kanak-kanak, pertandingan nasyid antara pelajar sekolah rendah dan menengah, sesi perkongsian pengalaman Raudatus Sakinah dan kaunseling PAKSI, promosi buku Aku Ori Bukan Fotokopi, serta edaran risalan kempen kepada pengunjung kempen.

Seramai 165 orang pengunjung kompleks di kalangan orang awam mendaftar nama mereka. Pihak JIM Sepang dan Hulu Langat akan membuat susulan menghantar broshur JIM,borang jim dan ucapan menyambut Ramadhan Al Mubarak (kpd yg Islam) kepada mereka melalui pos.

2nd round kempen akan diadakan selepas raya kemungkinan di Alamada Putrajaya insya Allah.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih diatas kerjasama yang baik dan perkongsian maklumat dari penceramah undangan seperti Profesor Madya Dr Harlina Harlizah bt Hj Siraj, Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia( JIM), Leftenan Kol (B) Ahmad Daud , Peguam Syarie. ASP Naemah Mohd Sheriff, Ibupejabat Polis Kontinjen, Selangor, Pn Rosmawati Zainal (RS), Pn Faridah Maludin( PAKSI) dan Pn Shoba (CARE2). Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kumpulan SaffOne terutamanya Khalid dan Fauzan kerana telah menguruskan pertandingan nasyid pelajar dan persembahan Multimedia kempen kempen dengan baik sekali.

Semoga program ini akan melonjakkan lagi program Islah bersama masyarakat dan meningkatkan motivasi ahli-ahli JIM kerana masih banyak lagi ruang-ruang dakwah yang perlu diterokai pada masa depan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu dengan usaha saudara AKAD yang aktif mengedarkan risalah di mana beliau telah memberikan semangat kepada generasi anak-anak kita untuk turut membantu semasa kempen. Jzzk semoga Allah merahmati semua dan semoga kita terus istiqamah di jalan yang benar.

Dari semua AJK Program KEMPEN LINDUNGI WANITA & KANAK-KANAK

25 Julai 2007

AMALINA ABDULLAH

No comments: