Friday, August 24, 2007

Prog Remaja -"Cinta: Antara Realiti dan Fantasi"



Alhamdulillah Prog Remaja -"Cinta: Antara Realiti dan Fantasi" telah dilaksanakan pada 10 Ogos lalu bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini mendapat kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri. Terima kasih kerana telah memberi peluang kepada kami Wanita JIM Negeri Perlis melaksanakan program ini.
Beberapa buah sekolah di Negeri Perlis telah menghantar wakil pelajar sebagai peserta. Sebanyak 130 orang pelajar yang terdiri dari pada badan pengawas dan ketua pelajar yang diharapkan agar dapat mencegah budaya kurang sihat di sekolah dan dapat membimbing rakan-rakan mereka yang lain.
Slot sebelah paginya disampaikan oleh Dr Nasri dari Jabatan Kesihatan selaku Penasihat Prostar Negeri telah menekankan betapa bahayanya pergaulan bebas ataupun seks bebas di kalangan remaja yang kini semakin meningkat. Beliau juga menerangkan kesan-kesan akibat penyakit AIDS dan punca-punca virus ini merebak. Beliau menasihatkan agar para remaja dengan usia masih muda ini agar terus menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran mereka sementara diberi peluang, bantuan dan kemudahan oleh kerajaan untuk terus belajar sehingga ke peringkat tertinggi. Jauhilah diri dari pada anasir-anasir yang boleh mengundang kerosakan pada diri, keluarga dan masyarakat.

Slot pada tengahari pula disampaikan oleh Dr Maimunah Fadzil, Ketua Wanita Melaka yang menyampaikan tajuk "Cinta: Antara Realiti dan Fantasi". Dengan bantuan bahan multimedia yang dihasilkan Dr Hishamuddin Alham (JIM Johor)"Impian Kasih: Antara Fantasi dan Realiti", begitu menarik sekali penyampaian,menyebabkan masa yang diperuntukkan beliau terasa begitu singkat sekali.
Dr Maimunah menerangkan tentang erti cinta dan jalan yang sebetulnya cinta itu diletakkan dalam diri remaja. Kisah-kisah cinta dan pengalaman para pesakit beliau yang banyak menyentuh hati para pendengar. Beliau menerangkan kepada peserta tentang fasa-fasa perkembangan remaja dan perubahan yang dialami remaja ketika tumbesaran ini. Beliau juga menerangkan kesan-kesan akibat berlakunya seks bebas di kalangan remaja serta kes-kes yang pernah ditangani beliau yang merupakan seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Kisah-kisah benar mengenai remaja yang beliau ceritakan banyak menarik minat para peserta. Sebaik sahaja selepas ceramah ini, ramai peserta datang bertemu urusetia untuk membeli cd multimedia Dr Hisham ini. Tahniah Dr Maimunah, penyampaian yang sungguh berkesan.

Pada sebelah petangnya, slot sembang-sembang bersama kakak-kakak dari Kolej Jaiputra yang datang bercuti di Perlis. Banyak tips yang diberikan kepada para remaja. Slot ini banyak menyentuh tentang pengisian masa dengan bijak. Jika pelajar mempunyai penyusunan dan pengisian masa yang baik, sudah tentu dia tidak akan terjebak kepada perkara-perkara yang merosakkan hidupnya seperti berpelesan, berdua-duaan lelaki dan perempuan, mengambil dadah dan beberapa perkara negatif yang lain. Alhamdulillah slot ini begitu gamat dan mendapat perhatian peserta kerana dihujani pelbagai soalan dari peserta.

Prog berakhir pada jam 5 petang sementara itu para peserta beramai-ramai menghantar borang KRJ untuk menjadi ahli Kelab Remaja JIM Negeri Perlis.

2 comments:

pensil said...

progarm remaja sebegini elok ditruskn untuk memberi kesedarn kpd semua golongan trutma REMAJA

pensil said...

lebihkan kpd perbincngan mengenai isu2 sms dan lebih kpd pembentukkan jati diri yg baik dan mengikut tuntutan agama.