Wednesday, November 29, 2006

Seminar Menangani Isu-Isu Wanita dalam Islam (SMIWI) Negeri Perlis

Alhamdulillah, Wanita JIM Perlis telah menjayakan Seminar Menangani Isu-Isu Wanita dalam Islam (SMIWI) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri perlis pada 21 November 2006 bertempat di Dewan Seminar Kompleks Budaya. Tema seminar ini ialah, "Wanita: Teori dan Realiti".
Terima kasih buat Dr Hafidzah Mustakim selaku Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat yang telah memberikan sebuah ucaptama yang mantap membuatkan para peserta sanggup menunggu sehingga tamat program. Terima kasih juga buat Dr Najibah selaku pembentang kertas kerja yang begitu padat dan penuh informasi yang membuatkan beliau dihujani pelbagai soalan berkaitan hak-hak wanita, keadilan Islam berkaitan perceraian dan talak, dan perwarisan wanita.
Di akhir program, kami mendapat maklumbalas yang baik dari para peserta supaya mengadakan lagi seminar berbentuk sebegini yang penuh dengan informasi untuk memberi pengetahuan yang mendalam pada setiap wanita yang berada di negeri Perlis ini. Syabas! Teruskan usaha.

3 comments:

drhafidzah said...

Assalamualaikum wr wb,

Tahniah kepada Wanita JIM Perlis yang diketuai oleh Ketua Wanitanya Ust Roswati kerana berjaya menganjurkan seminar ini. Terima Kasih kepada Jabatan Pembangunan Wanita kerana memberikan sokongan padu kepada usaha untuk memartabatkan wanita ke tempat yang sewajarnya. Kami amat berbesar hati kerana Penolong Pengarahnya Cik Jaidah sudi hadir dan menunggu hingga ke petang untuk sama-sama mengikuti perbincangan.

Saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama Wanita Perlis untuk program ini. Seronok melihat gandingan tenaga muda seperti Najah dan suami serta tenaga veteran yang sentiasa bertenaga seperti Pn Wan Kamariah, Pn Zaini dll menjayakan progaram ini.

Tidak dilupakan syabas kepada beberapa peserta lelaki yang turut memberikan sokongan. Saya pasti topik yang dibincangkan seperti "Kepimpinan Wanita" dan isu "Perceraian dan pembahagian harta warisan" juga bermenafaat untuk mereka.

Syabas Wanita Perlis. Semoga SMIWI II menyusul tahun hadapan.

Dr Hafidzah

Dr. Har said...

Salam

Syabas di atas usaha yang digemblengkan secara mantap oelh WJIM Perlis. Penghargaan kepada Ustazah Ruswati dan kepimpinan WJIM Perlis kerana merealisasikan resolusi yang dipersetujui semasa Mesyuarat KW-KW Negeri pada Ramadhan yang lalu. Sesungguhnya, SMIWI sememangnya satu projek `flagship' @ `showcase' JIM yang mampu menyantuni masyarakat. Dengan RS dan PAKSI-JIM, keprihatinan WJIM diterjemahkan dalam bentuk amali dan bukan setakat teori. Semoga Allah memberkati semua usaha kita. Teruskan perkongsian sebegini untuk menyemarakkan lagi dakwah.

Najah Farahin said...

alhamdulillah...kalo tak silap ana, hari smiwi tu ada 3 orang hantar borang JIM :)
-Najah-